fbpx

Pengarang Sarawak Report diburu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Clare Rewcastle-Brown

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown untuk tampil bagi membantu siasatan polis.

Beliau kini diburu polis berikutan wanita itu gagal untuk menghadirkan diri bagi pertuduhan mengenai kes fitnah Sultanah Terengganu, Sultanah Nurzahirah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, Clare dikehendaki polis berikutan waran tangkap yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Terengganu pada 23 September lalu.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai penama ini (Clare) diminta menghubungi Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Superintendan Junainah M. Kasbolah di talian 019-7051222 atau Pegawai Penyiasat Kes, Asisten Superintendan Mohd. Khairul Ridzuan Khiruddin di talian 018-6404440,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI