fbpx
Tangkap layar sidang akhbar yang diadakan secara maya di Facebook DAP hari ini.

DAP senaraikan dua calon baharu bagi PRN Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – DAP mengumumkan akan meletakkan dua calon baharu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan diadakan pada 20 November ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP akan menghantar keseluruhan lapan calon yang akan bertanding bagi PRN Melaka kali ini termasuk dua orang muka baharu terbabit.

“Kedua-dua calon baharu tersebut ialah Muhamad Danish Zainudin, akan bertanding di DUN Pengkalan Batu manakala Leng Chau Yen pula di DUN Bandar Hilir.

“Sementara itu, enam calon lain adalah, Datuk Tey Kok Kiew (DUN Bemban); G. Saminathan (DUN Gadek); Kerk Chee Yee (DUN Ayer Keroh); Allex Seah Shoo Chin (DUN Kesidang); Damian Yeo Shen Li (DUN Duyong); serta Low Chee Leong (DUN Kota Laksamana),” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang akhbar yang diadakan secara maya di Facebook DAP sebentar tadi.

Tambahnya, kesemua lapan calon terbabit akan menggunakan logo Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya itu nanti. – K! ONLINE

POPULAR