fbpx

28 calon BN perlu tandatangan SD tidak lompat parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad

ALOR GAJAH – Semua calon Barisan Nasional (BN) akan menandatangani beberapa dokumen akuan bersumpah (SD) yang disediakan bahagian perundangan parti itu bagi memastikan tiada tindakan lompat parti selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bahagian guaman parti itu sedang melakukan persiapan meneliti dokumen SD yang akan ditandatangani kesemua 28 calon parti komponen itu sebelum ditauliahkan pada pengumuman rasmi esok.

“Kumpulan peguam kita telahpun buat persiapan teliti untuk kita kekalkan supaya tidak ada lagi mereka yang menang atas tiket BN melompat. Ini amat penting demi memastikan kestabilan politik di negara.

“Jadi, kalau sementara ini dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) belum ada lagi akta atau enakmen ini, maka kita terpaksa membuat SD dan ada dua atau tiga lagi dokumen untuk ditandatangani calon,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan Negeri Sembilan sebagai negeri angkat kepada Parlimen Masjid Tanah di Kampung Pulau di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau turut memberitahu, pihaknya juga telah membuat pertemuan dengan kesemua calon untuk memberikan taklimat mengenai proses pencalonan esok.

“Ya, saya telah berjumpa dengan semua calon supaya mereka kenal pasti penyokong dan pencadang sebagai wakil calon.

“Jadi, mereka boleh bersiap sedia kerana kita tidak buat pengumuman di Melaka tetapi secara siaran media di Kuala Lumpur,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI