fbpx

727 tayar kenderaan mewah RM697,759 diseludup dari Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan (tengah) melihat tayar kenderaan yang cuba diseludup pada sidang akhbar di Polis Marin Wilayah Dua Tampoi , Johor Bahru hari ini. - FOTO: BAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Polis berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk tayar pelbagai jenama kenderaan mewah dalam satu serbuan yang dijalankan di Plaza Tol Kempas, di sini, 28 Oktober lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, serbuan tersebut dibuat selepas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua mengesan lori berkenaan ketika memasuki negara melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini.

Katanya, lori berkenaan dikesan keluar dan masuk ke Malaysia dengan diikrarkan sebagai sebuah lori bermuatan kosong.

“Ketika pemeriksaan dibuat terhadap lori berkenaan pada pukul 5.35 petang, didapati ia membawa muatan sejumlah 727 tayar pelbagai jenama bernilai RM697,759 yang tidak bercukai.

“Seorang pemandu lori yang merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 56 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan.

“Berdasarkan siasatan dibuat terhadap suspek, polis berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 28 tahun di sebuah premis di Taman Sri Skudai, di sini pada pukul 6.05 petang, keesokan harinya,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat PPM Wilayah Dua di sini.

Menurut Ayob Khan, suspek kedua yang ditahan merupakan majikan kepada suspek pertama dan individu terbabit bertanggungjawab menguruskan segala urusan membawa tayar tidak bercukai memasuki Malaysia dari Singapura.

“Suspek pertama direman tujuh hari, manakala suspek kedua direman dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI