fbpx

Aguero terpaksa berehat tiga bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AGUERO terpaksa berehat selama tiga bulan untuk memastikan kesihatannya berada pada tahap terbaik sebelum kembali ke padang. – AFP

BARCELONA – Gergasi Sepanyol, Barcelona mengesahkan bahawa mereka bakal kehila­ngan khidmat penyerang, Sergio Aguero untuk tempoh tiga bulan ekoran mengalami masalah di bahagian dada.

Penyerang Argentina itu dikejarkan ke hospital ketika Barcelona menentang Alaves di Camp Nou apabila mengadu sukar untuk bernafas dan sakit pada bahagian dada ketika separuh masa pertama perlawanan itu.

“Sergio kini berada di bawah pemantauan Dr. Josep Brugada untuk merawat masalah yang dihadapi. Dia terpaksa diketepikan untuk tempoh tiga bulan untuk fokus terhadap rawatan dan proses pemulihan.

“Pemain Argentina itu dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kardiologi pada Sabtu lalu ketika aksi menentang Alaves apabila dia mengadu tidak selesa di bahagian dada dan terpaksa digantikan dengan Philippe Coutinho,” menurut kenyataan tersebut.

Pemain berusia 33 tahun itu menyertai Barcelona secara percuma dengan kontrak selama dua tahun selepas kontraknya bersama Manchester City ber­akhir pada musim panas lalu.

Bagaimanapun, dia gagal untuk membuat sebarang penampilan bersama pasukan itu dalam tempoh dua bulan pertama ekoran kecederaan betis yang dialami.

Aguero membuat debut pada pertengahan Oktober lalu dan sudah membuat empat penampilan setakat ini dalam saingan La Liga dan Liga Juara-Juara selain sudah meledak satu gol untuk pasukan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI