fbpx

Memandu mabuk, Lizzy terlepas hukuman penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIZZY

AKTRES Park Soo-young atau lebih dikenali sebagai Lizzy terlepas hukuman penjara akibat kesalahan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kemalangan Mei lalu.

Memetik laporan Soompi, Soo-young melakukan kesalahan tersebut pada 18 Mei lalu dan mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM53,000 atas kesalahan tersebut.

Dalam perbicaraan pertama kes di Mahkamah Tinggi Seoul baru-baru ini, pihak pendakwa memohon agar penyanyi itu dikenakan hukuman penjara selama satu tahun.

Bagaimanapun mahkamah hanya menjatuhkan hukuman denda memandangkan itu merupakan kesalahan pertamanya.

Dalam kejadian tersebut, kenderaan yang dipandu Soo-young melanggar sebuah teksi di kawasan kejiranan Cheongdam, Gangnam di Seoul.

Insiden tersebut menyebabkan pemandu teksi mengalami kecederaan parah dan memerlukan rawatan selama dua minggu di hospital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI