fbpx
SEBAGAI menantu, Fasha memanjatkan syukur kerana dikurniakan seorang ibu mertua yang baik dan penyayang seperti Rokkiah (kanan).

Ibu mertua saya terbaik di dunia – Fasha Sandha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Tiada kata yang dapat diungkapkan oleh pelakon Fasha Sandha apabila dianugerahkan seorang ibu mertua yang sangat baik dan penyayang.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan, 37, berkongsi luahan rasa dan kata-kata manis untuk ibu mertuanya, Rokkiah Md. Noor sempena sambutan ulang tahun kelahirannya semalam.

“Ibu mertua terbaik di dunia adalah ibu mertua saya. Ibu yang sangat berhati mulia, selalu mengungkapkan kata-kata manis dan mendoakan yang baik-baik untuk anak-anak dan menantu.

“Siapa yang mengenali ibu mertua saya pasti tahu, jiwa kasih sayangnya itu tidak dapat nak digambarkan dengan kata-kata,” ujar Fasha.

Dalam hantaran tersebut, pelakon filem Anak Mami Kembali itu turut menzahirkan ucapan terima kasih buat ibu mertuanya kerana menjadi ibu yang baik bukan sahaja kepadanya, bahkan juga kepada menantu-menantu lain tanpa mengira kasih.

“Kami selalu bersyukur ada ibu mertua yang baik. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, bahagia dan diberikan kesihatan yang baik. Saya sayang ibu. Kami semua sayang ibu,” ungkapnya.

Sekadar info, Fasha mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama pelakon Aidil Aziz pada 28 Mac 2019.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Aisha, setahun dua bulan.

Sebelum ini, Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemima. – K! ONLINE

POPULAR