fbpx

Mercedes Benz pasang model GLA dan A-Class Sedan di Pekan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GLA 250 AMG Line

KUALA LUMPUR – Mercedes-Benz Malaysia (MBM) mengukuhkan segmen tempatannya dengan menambah dua model pemasangan tempatan (CKD) di kilangnya di Pekan, Pahang.

Menurut Naib Presiden Jualan dan Pemasaran MBM, Michael Jopp, dua model itu ialah GLA dan A-Class Sedan yang menawarkan dua varian bagi setiap model.

Katanya, antara varian yang ditawarkan seperti GLA 250 AMG Line, GLA 200 Progressive Line, A 250 AMG Line dan A200 Progressive Line.

“Penambahan baharu pada barisan pengeluaran tempatanadalah bukti komitmen kami untuk mengembangkan lagi kedudukan dan meningkatkan pelaburan dalam sektor automotif tempatan.

“Kedua-dua model A-Class dan GLA adalah model kejayaan dan terlaris kami dan kami teruja untuk mengumumkan bahawa ia kini akan dipasang secara tempatan di Pekan, Pahang.

Tambah Michael, pihaknya percaya bahawa pengembangan ini akan terus mengukuhkan tawaran tempatan disamping berusaha untuk menyediakan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan mereka.

MBM menawarkan GLA 200 Progressive Line pada harga RM 242,888, GLA 250 AMG Line (RM 278,888) A 200 Progressive Line (RM 219,888) dan A 250 AMG Line (RM 249,888).
habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI