fbpx

11 negeri dilanda hujan lebat, ribut petir petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di 11 buah negeri sehingga pukul 4 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebooknya berkata, keadaan ribut petir serta hujan lebat itu dijangka akan melanda seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang serta Kuala Lumpur.

“Sementara itu, bagi negeri Perak melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, manakala di Terengganu pula di Hulu Terengganu.

“Bagi negeri Pahang pula antara kawasan yang terjejas di Bentong, Kuantan, Bera dan Rompin, sementara di Selangor di Hulu Selangor, Gombak serta Hulu Langat,” katanya hari ini.

Tambahnya, keadaan cuaca tidak menentu itu turut melibatkan kawasan di negeri Negeri Sembilan di Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol serta Tampin, manakala satu kawasan sahaja bagi negeri Johor di Segamat.

“Amaran ribut petir dan hujan lebat juga turut melibatkan kawasan di negeri Sabah di Tawau dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan),” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI