fbpx

Sakit misteri angkara ambil kayu milik hantu galah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyakit misteri yang dihidapi seorang lelaki selepas membeli kayu asli dari hutan.

PETALING JAYA – Gara-gara kayu hiasan dalam akuarium atau dikenali sebagai ‘driftwood’ seorang lelaki terpaksa berdepan penyakit misteri sehingga hampir seluruh badannya dijangkiti cacar air dan mengeluarkan bau seakan najis.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, mangsa yang dikenali sebagai Amert Ramli berkata, kayu dritfwood yang dibelinya sebelum itu adalah kayu asli dari hutan dan bukannya kayu yang dibuat semula oleh tukang kayu.

Menurut Amert, disebabkan ia berasal dari hutan, dia tidak tahu bahawa kayu itu adalah ‘kepunyaan’ makhluk halus dan mempunyai penjaganya.

“Kayu driftwood, yang saya beli adalah kayu kepunyaan makhluk halus. Dalam segudang punya banyak kayu yang ada, saya tidak bernasib baik, dan memilih kayu tersebut (driftwood),”kata Amert.

Kayu driftwood yang didakwa ‘kepunyaan’ makhluk halus dan mempunyai penjaganya.

Ekoran kejadian tersebut, Amert telah ‘diserang’ satu penyakit misteri seumpama terkena jangkitan Herpes, HIV atau kayap di seluruh badan.

“Cacar air yang saya kena, penuh satu badan, merebak dalam jangka masa pendek, gatal menggila apabila tiba tengah malam, disebabkan oleh makhluk halus bernama Hantu Galah ( atau sesetengah tempat panggil Hantu Panjang).

“Habis gatal satu badan dan mengeluarkan bau yang busuk macam bau najis. Bila kita buka ruqyah, lagi kuat gatal dia. Kuat dia melawan,”ujarnya.

Lebih mengerikan kata Amert, badan dipenuhi penuh toksik,seluruh badan akan jadi hitam gelap mcm terkena bisa dan kulit kering menggelupas seperti sisik selain susah hendak membuang air besar selama lima hari.

Amert berkata, sebelum ini juga ada berjumpa dengan beberapa doktor dan pakar perubatan moden serta mengambil beberapa ubat, tapi malangnya semuanya tidak berhasil.

Bagaimanapun, Amert berkata, keadaannya kini semakin pulih selepas berjumpa dengan dua orang peruqyah yang mengamalkan perubatan secara tradisional islam.

“Tapi alhamdulillah , Amert dah semakin ok, kayu tu , tengoklah dulu , esok lusa Amert pergi buang la,”tulisnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI