fbpx

Naikkan cukai vape untuk tambah pendapatan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan disyor menaikkan cukai vape untuk menambah hasil pendapatan negara berbanding kadar 40 sen yang dikenakan bagi setiap mililiter (ml) ketika ini.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohd. Hisamudin Yahaya berkata, kadar 40 sen agak rendah sedangkan beberapa tahun lagi sumbangan industri vape dijangka mencecah RM10 Bilion.

“Kerajaan juga perlu mengenakan cukai kepada cecair vape bernikotin untuk memaksimumkan hasil kutipan cukai terhadap industri vape ini.

“Menurut laporan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, menyatakan bahawa kutipan eksais cecair vape berjumlah RM100,000 pada suku tahun ini, ia jauh lebih rendah berbanding anggaran industri sebanyak RM300 juta setahun,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2020.

Mohd. Hisamudin berkata, kutipan yang rendah itu disebabkan oleh pelaksanaan eksais rokok elektrik hanya kepada cecair tanpa nikotin yang mewakili tiga peratus dari keseluruhan pasaran.

Menurut beliau, sebanyak 97 peratus selebihnya adalah cecair vape bernikotin yang kini tidak dikawal selia dan tidak dikenakan cukai.

“Jika kerajaan mengenakan cukai kepada cecair bernikotin ini, saya percaya ia adalah satu sumber baru ekonomi negara,” katanya.

Terdahulu, katanya, beliau menyokong penuh Rang Undang-Undang berkenaan memandangkan terdapat tuntutan mendesak untuk menambah sumber pendapatan negara ketika pandemik.

Jelas beliau, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan operasi perniagaan berkurangan, kutipan jualan merosot dan merudum sekali gus menjejaskan jumlah pungutan cukai kerajaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI