fbpx

‘Awak tunggu sahajalah surat saman’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUK berhasrat mahu menyaman wanita yang dirasakan menabur fitnah terhadapnya.

‘Awak tunggu sahajalah surat saman’

PETALING JAYA – Pelawak sensasi, Shuk Sahar bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang wanita yang menuduhkannya melakukan lawak lucah atau ‘double meaning’ terhadap wanita tersebut.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Ayu Aziz, insiden berkenaan berlaku sewaktu menjadi tetamu jemputan dalam sebuah program radio popular tempatan pada tahun 2020.

Ayu menerusi Twitter berkongsi tangkap untaian tangkap layar perbualannya dengan Shuk atau nama lengkapnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar dalam mesej peribadi (DM) Instagram.

Dalam perbualan itu, Shuk menulis: “Salam, maaf ya ada terbaca Twitter awak kata saya pernah flirt (menggatal) ‘double meaning’. Bila itu ya, sebab setahu saya sepanjang saya di radio, saya tak pernah temu bual awak.

“Beginilah, kalau saya rasa perkara ini fitnah, saya akan guna cara legal (ambil tindakan undang-undang) ya.

“Awak tunggu sahajalah surat saman daripada saya sebab saya memang tak kenal langsung awak.”

Ayu turut berkongsi sepotong video Shuk yang ketika itu masih bertugas sebagai penyampai radio Hot FM mengeluarkan kata-kata berbaur lucah.

Berdasarkan pemerhatian video yang dikongsi, apabila Ayu mendedahkan usianya baru berusia 18 tahun, Shuk menyampuk dengan ayat ‘pergh sedang elok’ sepertinya menaburkan kata-kata yang mempunyai maksud lain.

Menurut Ayu, dia tidak gentar andai Shuk berhasrat ingin mengambil tindakan undang-undang terhadapnya disebabkan pendedahan yang dilakukan.

“Saya ada bukti bergambar awak pernah temu bual saya.

“Kalau kira saksi, dalam bilik (konti) ada dua orang lelaki dan seorang lagi perempuan (adik perempuan saya).

“Sama ada dua orang lelaki nak mengaku atau tidak tapi saya tak takut pun. Buatlah apa Shuk nak buat.

“Shuib pun pernah bagi amaran gurau halus kepada adik saya ‘kalau boleh jangan kenal dia (Shuk)”, ciap Ayu.

Wanita berkenaan bertindak membongkar sifat ‘miang’ Shuk yang terpalit dengan pelbagai kontroversi sejak kebelakangan ini.

Kontroversi dimaksudkan termasuklah kecurangan terhadap isteri dan keceluparan ketika beraksi sebagai pengacara sehingga menjadi pemangkin kepada jenaka lucah melibatkan beberapa selebriti tempatan lain dalam program Rumah No. 107. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI