fbpx

Penyelia tapak didenda RM70,000 cemar Sungai Merapoh 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lee Show Jen,49, (dua dari kanan) keluar daripada Mahkamah Sesyan Raub di Raub hari ini.

RAUB – Seorang penyelia tapak dikenakan denda RM70,000 oleh Mahkamah Sesyen Raub di sini hari ini atas kesalahan mencemarkan sungai dengan melepaskan sisa tanah ke Sungai Merapoh di Lipis pada Jun lalu.

Tertuduh Lew Show Jen, 49, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahya.

Tertuduh didakwa melepaskanan sisa kotor tanah daripada kawasan kerja tanah diselianya di Lot 5055, PN1884, Mukim Batu Yon di Lipis sehingga menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Merapoh sukar dirawat pada pukul 11.45 pagi, 28 Jun lalu.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 37 (1) (c) Enakmen Sumber Air 2007 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM250,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan dan boleh didenda maksimum RM1,000 setiap hari jika kesalahan itu dilakukan berterusan.

Menurut fakta kes, tertuduh didakwa menyelia kerja pembukaan tanah bagi penanaman ‘Revotropix Paulowinia’ yang digunakan dalam pembuatan perabot dan bahan bakar di kawasan seluas 12.14 hingga 20.23 hektar.

Syarikat tempatnya bekerja iaitu United Paulownia Plantation Sdn. Bhd. diberikan kerja itu oleh oleh Syarikat Bintang Tower Sdn. Bhd. yang memajak tanah bersebelahan Sungai Merapoh milik Lembaga Kemajuan Pertanian Negeri Pahang.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Unit Penguatkuasa Air Pahang, Izzat Ikhwan Abu Bakar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh memohon mahkamah meringankan hukuman kerana dia terbeban selepas hampir setahun tidak bekerja kerana syarikatnya terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM70,000 atau tujuh bulan penjara sekiranya tertuduh gagal membayar denda sebelum Show Jen membayar denda dan dibebaskan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI