fbpx

Pelajar tahfiz maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Muhammad Alif yang meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di KM 44, Jalan Merang, Setiu hari ini.

SETIU – Hasrat seorang remaja pulang ke maahad tahfiz untuk meneruskan pengajian tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 44 Jalan Merang di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 3.20 petang itu, mangsa, Muhammad Alif Azahari, 17, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Kemalangan dikatakan berlaku selepas motosikal dinaikinya bergesel dengan motosikal rakannya yang mengelak lubang di laluan berkenaan.

Rakan Muhammad Alif tersebut iaitu Muhammad Safwan Mohd. Sobri Suwin, 17, pula mengalami kecederaan ringan.

Bapa mangsa, Azahari Abdullah, 55, berkata, sebelum kejadian, anaknya berkelah di Hutan Lipur Lata Payung di sini bersama rakan-rakannya.

“Dia keluar beriadah dengan rakan-rakannya sebelum dijadual kembali ke maahad tahfiznya di Ajil, Hulu Terengganu esok.

“Setengah jam sebelum kejadian, dia sempat memghubungi saya memberitahu dalam perjalanan pulang ke rumah kami di Kampung Tok Jiring, Kuala Nerus selepas selesai solat Jumaat di sebuah masjid di Penarik, Setiu,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Azahari berkata, dia sempat membelikan kelengkapan kembali ke maahad tahfiz seperti jubah dan kopiah untuk Muhammad Alif.

Sementara itu, Ketua Polis Setiu, Deputi Superitendan Affandi Hussin yang dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI