fbpx

Balu Allayarham Fadzil Noor, meninggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemergian allahyarhamah turut diciap dalam Facebook Timbalan Dekan (Jaringan & Alumni) Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim.

PETALING JAYA – Balu kepada bekas Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor, Datin Khatijah Ibrahim, 77, dilaporkan meninggal dunia petang ini.

Allahyarhamah meninggal dunia pada kira-kira pukul 4,43 petang di Hospital Kuala Lumpur kerana kegagalan buah pinggang.

Memetik Utusan Malaysia, anak ketujuh allahyarhamah, Fauwaz Fadzil berkata, jenazah ibunya dijangka dikebumikan pagi esok di Tanah Perkuburan Raudah Sakinah, Kuala Lumpur-Karak.

“Jenazah akan disolatkan di Masjid Bilal bin Rabah di Taman Koperasi Polis pada kira-kira pukul 11 pagi esok,” katanya.

Pada 23 Jun 2002, Fadzil yang ketika itu berusia 65 tahun meninggal dunia pada pukul 10.30 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI