fbpx

[VIDEO] Melaka Tengah, Jasin dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua mangsa cuba menyelamatkan diri dengan berdiri di atas kereta dalam banjir kilat di Kampung Asam Kumbang, Jasin, Melaka tadi

MELAKA – Beberapa kawasan di sekitar Ayer Keroh dan Jasin dilanda banjir kilat selepas hujan lebat berterusan sejak pukul 2 petang tadi.

Tinjauan Kosmo! di Jalan Tun Abdul Razak turut mendapati laluan di persimpangan lampu isyarat Jalan Lingkungan Usaha menghala ke pusat bandar turut ditenggelami banjir dan ditutup kepada pengguna jalan raya.

Sebuah jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) turut berada di lokasi selepas sebuah kereta turut terbabas secara melintang di laluan bertentangan.

Antara lokasi lain yang dilanda banjir ialah Taman Bukit Melaka, Kampung Telok, Taman Melawis, Taman Bukit Beruang Utama dan Kampung Bukit Tambun.

Keadaan pasar Merlimau, Jasin yang dilanda banjir Kilat.

Jurucakap JBPM negeri berkata, pihaknya turut menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.48 petang bagi penyelamatan khidmat khas banjir membabitkan sebuah kereta tenggelam di Kampung Asam Kumbang Bemban, Jasin.

“Sepasukan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil telah dikejarkan ke lokasi bagi operasi penyelamatan.

“Setiba di lokasi kita dapati terdapat dua mangsa berdiri di atas bumbung kereta dipercayai cuba menyelamatkan diri selepas kenderaan dinaiki mereka itu ditenggelami banjir,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI