fbpx

Penyokong Man United ‘senak’ telinga?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar antara video 'troll' pasukan Manchester United di media sosial sejak Sabtu lalu.

PETALING JAYA – Kekalahan pasukan bola sepak paling banyak sejarah di Liga Perdana England (EPL), Manchester United di tangan pencabar Leincester City Sabtu lalu masih terasa sehingga hari ini.

Kekalahan yang boleh dianggap memalukan iaitu dengan empat jaringan dan dibalas dengan dua jaringan itu membuatkan penyokong fanatik pasukan tersebut ‘senak’ telinga.

Apa tidaknya, bermula malam Sabtu lalu sehingga hari ini, laman sosial terutamanya Facebook masih lagi dibanjiri dengan ‘troll’ dari peminat pasukan lain.

Tambah menyedihkan apabila pasukan musuh tradisinya iaitu Liverpool berjaya memenangi perlawanan dengan pasukan kerdil Watford dengan jaringan 5-0.

Rata-rata peminat bola sepak menggunakan kesempatan dengan kekalahan pasukan hebat itu untuk terus menerus ‘troll’ dengan berkongsikan video serta gambar yang telah diedit di laman sosial.

“Itulah, ingat Ronaldo masuk balik boleh dapat juara EPL. Jangan suka troll orang sangat, sekali menang terus lupa diri. Bertabahlah untuk minggu-minggu mendatang,” jelas Pkyop Pkyop.

“Nampaknya peluang ni bukan sekali sekala sahaja datang, hampir tiap minggu fan Man Utd ni kena. Macam aku dah biasa, penyokong Arsenal dah lama kena macam ni. Harap tabah la ye,” kata Juan Uji. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI