fbpx

‘Hubungan seks rela atau paksa gadis bawah umur tetap dikira rogol’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang doktor berkongsi cerita pesakit berumur 12 tahun yang akan bersalin dipercayai dirogol.

PETALING JAYA – Seorang doktor berasa sangat terkejut apabila dia berkongsi kisah seorang pesakit berumur 12 tahun yang akan bersalin selepas kejadian itu tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video oleh Najdah Othman di laman aplikasi TikTok, dia yang lengkap memakai pakaian perlindungan diri (PPE) sambil menerangkan kepada orang ramai bahawa di Malaysia terdapat akta kanak-kanak.

“Apa juga hubungan seksual dengan wanita bawah 16 tahun sama ada rela atau paksa, tetap dikira rogol!.

“Tahukah anda? rela atau tidak, suka atau tidak, tetap salah dan pelaku boleh dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun dengan sebatan,” katanya dalam video itu.

Video berkenaan mendapat lebih 719,900 tontonan dan dihujani 1,523 komen di media sosial TikTok.

Salah seorang pengguna Meiya berkata, orang dewasa atau tidak sepatutnya sekarang lebih berfikiran terbuka dan jangan hanya tahu menyalahkan cara pemakaian perempuan sahaja.

“Individu dewasa atau tidak mereka harus di didik dan bukan hanya berfikiran sempit, sikit-sikit hanya tahu nak salahkan aurat dan cara pemakaian perempuan sahaja,” jelasnya.

Sementara itu, MayyOnees meningatkan supaya elakkan berkawan terlalu rapat dengan lelaki dan sentiasa berjaga-jaga dengan niat atau cara individu yang membuatkan diri anda rasa tidak selesa.

“Untuk elakkan adalah dengan cara tidak terlalu rapat atau berkawan dengan lelaki dan jika rasa tidak selesa bersama ahli keluarga lelaki ambil langkah berjaga-jaga sahaja supaya dapat mengelakkan perkara yang tak diingini,” ujarnnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI