fbpx

Squid Game beri kebahagiaan buat Kim Joo-ryoung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM JOO-RYOUNG

KEJAYAAN drama siri Squid Game secara tidak langsung memberi tempias populariti kepada barisan pelakon yang terlibat.

Tidak ketinggalan, aktres Kim Joo-ryoung turut melalui detik tersebut selepas wataknya sebagai Han Mi-nyeo antara yang paling diingati dan sering menjadi bualan sehingga kini.

Kepercayaan pengarah Hwang Dong-hyuk nyata berasas buat Joo-ryoung apabila wanita itu tidak perlu melalui sebarang uji bakat dan terus sahaja dilamar dalam menjayakan naskhah berkenaan.

Populariti Joo-ryoung, 46, turut terbukti apabila menerima banyak respons positif selain pengikut akaun Instagramnya bertambah mendadak daripada hanya 400 orang menjadi dua juta pengikut.

“Squid Game benar-benar membawa kebahagiaan buat saya. Ini satu hadiah bermakna buat saya selepas 20 tahun menjadi anak seni,” katanya.

Siri Squid Game menjadi fenomena dan berada di tangga pertama dalam laman penstriman digital, Netflix di lebih 111 negara di seluruh dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI