fbpx
Abang Ahmad berucap pada program Jualan Agro Madani Mega Pulau Pinang 2026 di Seberang Jaya, hari ini. Gambar/DANIAL SAAD/KOSMO!

FAMA buat persiapan awal hadapi El Nino

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) tidak mahu mengambil risiko menunggu fenomena El Nino berlaku sebelum bertindak, sebaliknya sudah membuat persiapan awal bagi memastikan bekalan makanan negara kekal mencukupi.

Pengerusinya, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata, satu jawatankuasa khas ditubuhkan sejak dua bulan lalu bagi merancang tindakan menghadapi kemungkinan gangguan bekalan susulan fenomena berkenaan.

Katanya, persediaan itu antaranya membabitkan perancangan pembelian serta penyimpanan stok produk agromakanan di gudang FAMA di seluruh negara, termasuk kemudahan bilik sejuk.

“Di peringkat FAMA, kita sudah membentuk satu jawatankuasa dua bulan lepas. Memang perkara ini (El Nino) boleh dikatakan akan berlaku setiap tahun, cuma tahun ini kita buat awal dan tidak menunggu kejadian itu berlaku dulu,” katanya ketika menghadiri program Jualan Agro Madani Mega Pulau Pinang 2026 di Seberang Jaya, di sini, hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan serta Keusahawanan Pulau Pinang, Datuk Rashidi Zinol.

Abang Ahmad berkata, FAMA turut merancang menyimpan stok penampan bagi kira-kira 34 jenis barangan agromakanan, termasuk cili merah, cili hijau, kubis dan bawang, selain produk makanan seperti ayam dan daging.

Katanya, langkah itu penting sebagai pelan sokongan sekiranya berlaku gangguan terhadap rantaian bekalan, termasuk masalah berkaitan aktiviti import dan eksport.

“Sekiranya ada contohnya tidak dapat barang eksport dan import dan sebagainya, kita ada backup plan. Sekurang-kurangnya produk tersebut mencukupi untuk bekalan beberapa bulan dan keterjaminan makanan di Malaysia terjamin,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN