fbpx

Boleh mohon vaksin penggalak untuk umrah melalui KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Individu yang terpaksa mengambil dos penggalak bagi tujuan mengerjakan Umrah atau mahu ke negara-negara yang mempunyai syarat vaksinasi tertentu, boleh membuat permohonan kepada Kementerian Kesihatan (KKM).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, fungsi untuk membuat permohonan itu akan disediakan dalam aplikasi MySejahtera bagi individu yang terpaksa mengambil suntikan penggalak bagi memenuhi syarat negara lain.

“Pada masa sama, sebagai contoh United Kingdom, mereka membenarkan rakyat Malaysia yang menerima vaksin Pfizer dan AstraZeneca masuk tanpa kuarantin.

“Jadi, daripada memvaksin semula rakyat Malaysia yang mahu ke sana tanpa kuarantin, saya sedang berusaha dengan negara-negara tersebut untuk tidak ada diskriminasi vaksin,” katanya ketika sidang akhbar Persidangan National Acute Myocardial Infarction Course (NAMIC) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kerajaan Arab Saudi yang dilaporkan membenarkan individu yang mengambil suntikan vaksinasi Sinovac menunaikan umrah, dengan syarat mendapatkan dos ketiga seperti mana ditetapkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI