fbpx
Jumlah kenderaan dijangka meningkat di Lebuh Raya Utara-Selatan menuju utara sepanjang cuti hujung ming­gu ini.

1.4 juta kenderaan menuju utara minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) menjangkakan kira-kira 1.1 hingga 1.4 juta kenderaan akan menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan menuju utara sepanjang cuti hujung ming­gu ini.

Jurucakap PLUS cawangan utara berkata, kesesakan dijangka berlaku di laluan masuk ke Jambatan Pulau Pinang ekoran orang ramai mengunjungi pulau tersebut.

“Jumlah trafik menuju utara merekodkan peningkatan jumlah kenderaan iaitu kira-kira 500,000 kenderaan semalam.

“Daripada jumlah itu, kira-kira 70,000 kenderaan masuk ke Pulau Pinang berbanding hari sama minggu lalu iaitu 50,000 kenderaan.

“Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 17.18 peratus,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kawasan rehat dan rawat (R&R) Sungai Perak dan Gunung Semanggol kedua-dua arah juga dijangka menerima pertambahan jumlah kenderaan.

Katanya, orang ramai yang singgah di R&R dan hentian sebelah dinasihatkan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk mengamalkan disiplin diri dan penjarakan sosial.

“Pelanggan juga wajib melakukan pemeriksaan suhu badan dan mendaftar diri menggunakan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual bagi urusan pengesanan kontak rapat sekiranya perlu,” ujarnya. -K! ONLINE

 

POPULAR