fbpx
Seekor anjing yang diberi nama Pali setia bersama kumpulan Khairul Aming.

Pali setia ‘temani’ Khairul Aming dalam hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Kisah pengembara yang membawa haiwan peliharaannya ketika mengembara sering kali kita lihat dan baca selama ini.

Namun, lain pula kisahnya berkenaan seekor anjing liar yang diberi nama Pali oleh seorang instafamous, Khairul Aming yang menjumpai haiwan ini di dalam sebuah hutan.

Menurut Khairul Aming, dia dan rakannya menjumpai Pali ketika dalam perjalanan mereka beriadah meredah hutan tersebut.

Pada awalnya, kumpulan tersebut memberi makan biskut kepada Pali, setelah makan biskut itu, Pali terus menemani mereka semua sehingga selesai perjalanan.

“Aku bagi nama dia Pali sebab comel macam kawan aku, dia ikut saja kami hingga habis berjalan. Masa kami mandi pun dia tunggu.

“Pali macam jaga kami sepanjang perjalanan itu, kalau dia berjalan jauh di hadapan dan kami sedikit lambat kerana berehat, Pali akan patah balik macam ingin pastikan kami ok,” jelasnya.

Terdahulu, tular satu klip video di aplikasi TikTok hari ini yang memaparkan seekor anjing menjadi pemandu pelancong kepada empat pemuda Melayu dalam sebuah hutan. – K! ONLINE.

POPULAR