fbpx

Oh Young-soo tolak tawaran duta ayam goreng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OH-YOUNG-SOO yang membawakan watak Oh Il-nam dalam Squid Game.

NASKHAH fenomena Korea Selatan, Squid Game nampaknya masih menjadi bualan dan menerima populariti hebat hingga saat ini.

Paling ketara para pelakonnya yang menerima peningkatan populariti dan jumlah pengikut luar biasa dari seluruh negara dalam media sosial.

Tidak terlepas, aktor veteran iaitu peserta nombor 001, Oh Il-nam yang dijayakan Oh Young-soo turut tidak terlepas daripada tempias populariti.

Baru-baru ini, netizen yang menonton drama tersebut mencadangkan sebuah syarikat makanan segera berupa ayam goreng popular di negara tersebut, Kkanbu Chicken untuk mengambil Young-soo sebagai jurucakap mereka.

Namun, laman hiburan Sports Chosun turut melaporkan bahawa syarikat tersebut telah menghubungi pelakon itu untuk membintangi sebuah iklan komersial mereka tetapi ditolak.

“Dengan hormatnya, kami telah menyuarakan niat kami untuk merakam iklan bersamanya tetapi Young-soo menolak dengan baik kerana mahu kekal fokus sebagai pelakon,” kata jurucakap Kkanbu.

Sekadar rekod, Young-soo berada dalam bidang hiburan Korea Selatan sejak lebih 58 tahun lalu dan membintangi lebih 200 buah naskhah termasuk filem, drama dan pementasan teater.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI