fbpx

Jangan ‘rampas’ musang king kami – Pekebun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN pekebun durian dan getah berkumpul di kebun mereka di Hutan Simpan Ulu Galas, Kampung Pulai, Gua Musang semalam.

GUA MUSANG – Lebih 30 pekebun yang mengusahakan tanaman durian musang king dan getah di Hutan Simpan Ulu Galas di Kampung Pulai di sini mahu kerajaan negeri memberi ruang rundingan kepada mereka.

Ia berikutan notis pengoso­ngan kawasan tanaman yang diterima daripada pihak Jabatan Perhutanan negeri yang memerintahkan mereka mengosongkan tapak tanaman sejak 30 September lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tin­dakan Pekebun Kecil Hutan Simpan Ulu Galas, Leow Chin Meng, 53, berkata, mereka telah mengusahakan kebun seluas 90 hektar itu dengan menanam durian dan getah sejak kira-kira 20 tahun lalu.

“Sehubungan itu, kami berharap dapat mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi memastikan pihak pekebun mendapat keputusan yang adil dalam isu penerokaan tanah di kawasan itu.

“Kami difahamkan seba­nyak 90 hektar kawasan kebun durian dan getah yang telah mengeluarkan hasil akan diambil sebelum diberikan kepada pihak syarikat lain,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, seorang lagi pekebun, Tina Chong berkata, kesemua pekebun berharap satu penyelesaian yang adil dapat diputuskan kerana te­lah banyak melabur wang bagi mengusahakan tanaman di kawasan itu.

Jelasnya, mereka sebelum ini tidak mengetahui kawasan yang diteroka termasuk dalam hutan simpan.

“Pekebun mahu berunding dengan kerajaan untuk mendapat kebenaran sama ada tanah yang diusahakan itu dapat diberi secara pajakan atau sewa tanah.

“Banyak duit telah dilaburkan malah tanaman diusahakan antaranya musang king dan duri hitam kini sudah mula mengeluarkan hasil,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI