fbpx
Seorang peminat durian membeli buah di sebuah gerai di hadapan kebun musang king di Selaru, Kuala Pilah semalam. 

‘Tauke kebun durian takkan rugi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAGAN SERAI – Biarpun harga musang king mengalami kejatuhan ketika ini, namun terdapat pekebun dan peniaga yang men­dakwa mereka masih mampu me­raih keuntungan setiap kali musim durian.

Seorang peniaga durian di Kampung Parit Haji Ismail 3 di sini, Rafail Ismail, 38, berkata, pemilik ladang musang king dan peniaga ma­sih menjana keuntungan sehingga puluhan dan ratusan ribu ringgit.

“Kita biasa dengar setiap kali musim durian, keuntungan diraih pemilik ladang durian mampu menampung kehidupan mereka selama setahun. Pada panda­ngan saya, pekebun tak rugi.

“Sedangkan peniaga seperti saya sendiri boleh meraih antara RM40,000 hingga RM60,000 semusim, inikan pula pemilik kebun durian, memang jarang nak rugi,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Menurutnya, harga durian te­rutamanya musang king yang ren­dah iaitu sekitar RM14 sekilogram telah ditawarkan sendiri di gerainya sejak dua minggu lalu. Semua golongan terutama B40 kini boleh menikmati musang king.

“Harga ini akan dinaikkan secara berperingkat menjelang hujung musim durian kali ini. Jadi inilah masanya untuk orang ramai menikmati durian mu­sang king.

“Kedai saya sendiri penuh pada setiap Sabtu dan Ahad de­ngan pengunjung yang datang dari pelbagai lokasi. Tidak perlu lakukan tempahan, konsep diamalkan di sini ialah siapa cepat dia dapat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN