fbpx

Petugas JKNK penerima terawal dos penggalak di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaini (tiga kiri) menerima sumbangan kelengkapan peralatan pelindungan diri daripada Yayasan Ikhlas di Cawangan Penyakit Berjangkit JKNK, hari ini. /FOTO ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Seramai 20,000 petugas Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) yang merupakan petugas barisan hadapan di negeri ini akan menerima dos penggalak (booster dose) vaksin Covid-19, bermula hari ini.

Pengarah JKNK, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, petugas JKNK yang terdiri daripada doktor dan jururawat menjadi petugas terawal yang menerima dos penggalak daripada jumlah keseluruhan petugas barisan hadapan di negeri ini iaitu kira-kira 190,000 orang.

Menurutnya, selain petugas barisan hadapan, golongan mempunyai sejarah komorbid seperti penyakit kronik, obesiti atau hamil turut akan menerima dos penggalak pada peringkat awal.

“Suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 di negeri mula diberikan kepada petugas JKNK dan barisan hadapan di negeri ini apabila mereka menerima suntikan Pfizer.

“Peratusan terkini penerima dos penggalak di negeri ini masih belum diperoleh kerana ia masih dalam peringkat awal. Suntikan kepada petugas dijalankan secara berperingkat sama ada di hospital atau klinik kesihatan berdekatan manakala kaedah ‘walk-in’ untuk orang ramai kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima sumbangan kelengkapan peralatan pelindungan diri bernilai RM307,350 daripada Yayasan Ikhlas di Cawangan Penyakit Berjangkit JKNK di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berharap perantau yang pulang ke kampung halaman di negeri ini agar menjaga prosedur operasi standard (SOP) kerana kes Covid-19 di negeri ini masih mencatatkan kes empat angka.

Katanya, selain itu, kadar vaksinasi golongan dewasa di negeri ini juga masih pada kadar 79 peratus sehingga hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI