fbpx
STONES (tiga dari kanan) menyelamatkan maruah England apabila meledak gol penyamaan ketika mereka terikat 1-1 menentang Hungary awal pagi semalam. – AFP

England gagal jinakkan Hungary

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pengurus England, Gareth Southgate mengakui bi­ngung selepas skuad kendalian­nya hanya sekadar seri 1-1 menentang Hungary pada aksi Kumpulan I kelayakan Piala Dunia 2022 di Wembley awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, Hungary yang turun sebagai pasukan pelawat terlebih dahulu berada 1-0 di depan menerusi sepakan penalti Roland Salai pada minit ke-24 sebelum John Stones menyamakan kedudukan 13 minit kemudian.

Selain keputusan yang tidak memihak kepada The Three ­Lions, perlawanan itu turut dicemari dengan insiden tidak diingini apabila penyokong Hungary melakukan provokasi sebelum bergaduh dengan pihak polis.

“Saya tidak fikir kami menampilkan aksi yang sepatutnya pada perlawanan ini. Selain itu, Hungary juga bertahan dengan baik sehingga membuatkan kami sukar untuk menembusi benteng pertahanan mereka.

“Kami sangka ia akan menjadi satu perlawanan mudah kerana menang 4-0 ke atas mereka pada perlawanan terdahulu. Bagaimanapun, aksi kami belum mencukupi untuk tewaskan mereka,” kata Southgate.

Biarpun gagal melakar kemenangan, namun England masih berada pada landasan terbaik untuk melayakkan diri ke pusi­ngan akhir Piala Dunia 2022 apabila masih menerajui kumpulan A dengan 20 mata, tiga mata mengatasi Poland.

“Kami masih berada pada posisi terbaik untuk layak biarpun mencatat keputusan mengecewakan malam ini (semalam). Selepas ini, kami tidak boleh lagi sia-siakan peluang yang ada,” ujar bekas pengurus Middlesbrough itu. – AGENSI

BERITA BERKAITAN