fbpx
SEORANG penduduk flat Sri Perantau sedang mengangkat bekalan air bersih ke tingkat 4 kerana kerosakan lif di flat berkenaan semalam.

Air oh air, orang Selangor ok ke tu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Selamat pagi Malaysia, orang Selangor bagaimana hari ini, masih ada bekalan air atau sedang beratur mendapatkan bekalan di pili-pili awam.

Penduduk di Kampung Bestari Jaya, Kuala Selangor pula, adakah hari ini anda terpaksa mengharungi perjalanan 15 kilometer untuk mendapatkan bekalan?

Golongan peniaga, kedai buka atau tidak hari ini. Pinggan beralaskan plastik bagi kurangkan penggunaan air atau bungkus saja dibenarkan?

Sungguh sekali lagi pengalaman ini menghantui rakyat dengan kali ini di 998 kawasan di tujuh wilayah di Lembah Klang.

Gangguan bekalan sejak semalam berikutan pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

Difahamkan kerja-kerja baik pulih sudah tertangguh dua kali, oleh itu ia tidak dapat dielakkan kali ini, jika lambat takut lebih buruk keadaannya.

Mujurlah ia gangguan berjadual maka ramai yang boleh menyimpan bekalan. Tong-tong air juga telah nampaknya sold out sejak seminggu lalu, begitu juga dengan air mineral sehingga ada orang Shah Alam terpaksa memborong air minuman di Bangi.

Banyak drama yang boleh dilihat. Bagi yang tinggal di rumah teres atau orang kata rumah atas tanah tidak mengapa, ada ruang untuk meletakkan tong-tong besar.

Namun, bagi yang tinggal di ‘kayangan’, sukar untuk mengangkut air turun naik tangga dan lif. Sementara bagi yang kurang berkemampuan hanya botol-botol air mineral digunakan untuk simpan bekalan.

Bagi yang kaya, merkea akan check in hotel, namun yang kurang berkemampuan menumpang di rumah saudara mara atau kemas beg pulang ke kampung.

Masalah air juga boleh buat gaduh juga laki bini, adik-beradik tidak kurang juga jiran tetangga, tambah marah asyik-asyik dia saja yang tadah air.

Bagi penduduk di Lembah Klang gangguan bekalan air bukan perkara luar biasa, setiap bulan pasti ada, jika bukan berjadual sudah pasti akibat pencemaran.

Bagaimana dengan kilang-kilang haram dikatakan punca pencemaran air, sudah hapuskah mereka semua itu. Jangan diam, rakyat memerhati.

Marah, sudah tentu, secara tiba-tiba air tiada. Muak pun juga terpaksa melalui azab ini, bukan acara tahunan lagi sudah jadi bulanan pula.

Bila air sudah ada, masalah lain pula timbul, air keruhlah dan berbau pula. Isu air memang tidak pernah habis. Setiap kali dengar pengumuman gangguan air berdebar-debar dibuatnya terutama para wanita.

Pihak berkuasa, jangan lama-lama buat kerja ya, rakyat susah bila tiada air. Biarpun sehari tetapi sengsaranya rasa berpanjangan. Bukan tidak bersyukur tetapi itu perkara asas.

Penulis banyak kali melalui situasi ini dan tidak sanggup ia menghantui diri lagi. Tidak cukup tong, plastik sampah jadi taruhan.

Air yang disimpan juga akan habis jika terlalu lama. Orang lain sibuk bercuti, kita pula angkut tong air ke hulu ke hilir. Tidak mengapalah, selamat berjuang orang Selangor, kami bersama anda!

POPULAR

BERITA BERKAITAN