fbpx

MPKB-BRI sedia keluar permit operasi sewa skuter elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Zainal (dua dari kiri) semasa merasmikan Rumah Sampah Masjid Sultan Ismail Petra, Kampung Banggol, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) sedia memberi kebenaran kepada pengusaha skuter eletrik sekiranya pihak berkenaan mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan itu.

Yang Dipertua MPKB-BRI, Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf berkata, setakat ini, tiada permohonan permit daripada pengusaha skuter elektrik untuk beroperasi di kawasan tumpuan orang awam di daerah ini.

Menurutnya, kelulusan permit operasi mengikut undang-undang kecil MPKB-BRI itu perlu diteliti terlebih dahulu agar perkhidmatan skuter elektrik itu tidak mengganggu pengguna jalan raya.

“Berdasarkan maklumat, terdapat dua pengusaha yang menjalankan perkhidmatan itu, namun mereka masih belum memohon lesen atau permit. Kita bersedia memberi kebenaran perkhidmatan itu selepas meneliti lokasi yang dicadangkan oleh mereka.

“Kita perlu memastikan tempat operasi itu tidak mengganggu pengguna jalan raya. Apa yang berlaku ketika ini adalah mereka menggunakan menggunakan kawasan tidak sesuai dan hampir dengan jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Rumah Sampah Masjid Sultan Ismail Petra, Kampung Banggol di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Tuan Zainal Abidin, MPKB-BRI tidak pernah menghalang penggunaan skuter elektrik, namun ia bergantung kepada kesesuaian kawasan operasi aktiviti itu.

Tambahnya, ini kerana, MKPB-BRI menerima banyak rungutan orang awam berkaitan aktiviti itu apabila ia mengganggu lalu lintas di sekitar bandar Kota Bharu.

Sebelum ini, MPKB-BRI telah menyita sebanyak 15 buah skuter elektrik yang mengganggu lalu lintas jalan raya dalam operasi yang dijalankan di sekitar Lembah Sireh pada minggu lalu.

Berdasarkan siasatan polis, kesemua skuter elektrik itu disewa daripada seorang individu yang menjalankan perniagaan tanpa permit di kawasan tersebut.

Polis yang mengiringi anggota penguat kuasa MPKB-BRI mengambil tindakan menyita skuter-skuter itu selepas mendapati penunggangnya membawa peralatan elektrik itu bermain di atas jalan raya di sekitar bandar ini. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI