fbpx

Dos penggalak warga emas dan anggota barisan hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan memulakan dos penggalak (booster dose) kepada warga emas berusia 60 tahun dan ke atas serta anggota barisan hadapan yang telah menerima dos lengkap sekurang-kurangnya enam bulan lepas.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, justeru individu yang layak akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera manakala bagi individu tidak mempunyai aplikasi itu, pemakluman akan dibuat melalui pesanan ringkas atau panggilan telefon oleh Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Pemberian dos penggalak dilakukan secara sukarela dan percuma di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Objektif pemberiannya untuk memastikan tempoh perlindungan optimum diperolehi oleh penerima vaksin Covid-19 di Malaysia.

“Dos penggalak merupakan dos tambahan yang perlu diberikan kepada seseorang yang sebelumnya mendapat perlindungan mencukupi selepas vaksinasi lengkap namun perlindungan tersebut menurun dari semasa ke semasa (waning immunity),” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, bagi pemberian dos penggalak ini, ia akan diterajui oleh klinik swasta (GPs) di bawah penyelarasan ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI