fbpx

TPM cadang elaun petugas barisan hadapan Jakim, JAIN, MAIN dinaikkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid berucap merasmikan Majlis Konvokesyen Mualaf Madani Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di sini, hari ini. - Foto FARIZ RUSADIO / KOSMO!

BANGI – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyarankan elaun petugas barisan hadapan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dinaikkan sekurang-kurangnya setara dengan gaji minimum.

Ahmad Zahid berkata, kenaikan elaun itu wajar dilakukan bagi menghargai kerja-kerja dakwah yang membuatkan mereka perlu menyantuni banyak permasalahan terutamanya dalam kalangan saudara-saudara baharu termasuk di kawasan pedalaman.

“Oleh kerana pendakwah atau mubaligh ini dikategorikan sebagai usaha-usaha dakwah secara sukarelawan, namun Jabatan Agama Islam negeri-negeri dan JAKIM telah mengambil inisiatif untuk meletakkan mereka sebagai pendakwah perkhidmatan secara kontrak makan elaun yang diberikan secara relatif masih rendah.

“Tunggulah pengumuman yang akan dibuat Perdana Menteri Jumaat ini. Seharusnya gaji dan elaun menjurus ke arah sekurang-sekurangnya setara dengan gaji minimum,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Konvensyen Mualaf Madani Peringkat Kebangsaan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di sini hari ini.

Terdahulu, konvensyen tersebut adalah hasil penjenamaan semula daripada Konvensyen Saudara Muslim yang dianjurkan secara dwi tahunan oleh Jakim.

Konvensyen itu juga merupakan medium kepada mualaf untuk berkongsi pengalaman dan bertukar pandangan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan mualaf dan saudara baru. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI