fbpx

Kenaikan gaji bukti penjawat awam sentiasa dihargai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Steven (tengah) bersama kesemua ahli Cuepacs dan penerima anugerah pada sambutan Hari Pekerja Cuepacs di Pusat Konvensyen MBSA hari ini. -Foto SYAKIR RADIN/kOSMO!

SHAH ALAM – Kenaikan gaji penjawat awam seperti diumumkan semalam adalah pengiktirafan kepada penjawat awam sebagai pekerja barisan hadapan negara.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, ini juga membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengotakan janji yang telah dibuat pada tahun lalu.

Katanya, penjawat awam sentiasa dihargai dengan telah diberikan insentif awal sebanyak RM2,000 pada Februari lalu dan diikuti Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam.

“Pengalaman saya dalam tiga kementerian iaitu Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kewangan dan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) mendapati rata-rata penjawat awam mempunyai ketangkasan, kebijakan,pengalaman dan kecekapan begitu tinggi untuk melaksanakan tugasan harian.

“Segala pencapaian dan kejayaan di negara ini didokong penjawat awam. Sudah nampak pencapaian, kemajuan, tatakelola dan keberhasilan tinggi dan maka, dihargai penjawat awam ini (menerusi kenaikan gaji),” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Pekerja Cuepacs Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), hari ini.

Steven memberitahu, kecekapan dan kerjasama diberikan penjawat awam juga memudahkan pelaksanaan dasar dan mengetahui isu-isu berkaitan sepanjang beliau berada di tiga kementerian tersebut.

“Kita sudah lihat waima parti mana sekalipun (menerajui kerajaan atau kementerian), orang politik ini hendak berkhidmat kepada kerajaan dan menjaga kesinambungan penjawat awam.

“Antara perkara asas saya letakkan dalam kementerian ketika ini selain Kebajikan, Kemahiran, Keberhasilan Pekerja (3K) adalah saya katakan 5K dalam urusan seharian.

“K pertama saya tekankan adalah kesinambungan sama ada pentadbiran dan amalan baik waima daripada kerajaan dahulu. Itu prinsip saya dan kerajaan sekarang kita sekarang,” katanya.

Pada majlis tersebut, beliau mengumumkan peruntukan daripada Kesuma sebanyak RM100,000 bagi mendokong pembangunan kesatuan sekerja penjawat awam susulan lawatan pertamanya ke pejabat Cuepacs sebelum ini. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI