fbpx

90.6 peratus individu dewasa lengkap dua dos vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kira-kira 90.6 peratus populasi dewasa atau 21,220,121 individu lengkap menerima dos vaksinasi Covid-19 setakat pukul 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data yang dimuat naik di laman portal CovidNow, sebanyak 94.9 peratus populasi dewasa atau 22,215,504 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Menurut portal itu juga, seramai 1,194,096 individu dewasa masih belum menerima sebarang suntikan vaksin setakat semalam.

Secara keseluruhan, sejumlah 209,534 dos vaksin diberikan kepada golongan dewasa semalam menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sejak 24 Februari lalu meningkat kepada 46,044,734 dos.

Sementara itu, bagi program vaksinasi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sehingga semalam 370,995 atau 11.8 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin.

Berdasarkan data CovidNow juga, secara keseluruhan kira-kira 74.8 peratus remaja atau 2,352,464 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi program PICK.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI