fbpx

Lelaki Kanada maut jatuh dari tingkat 12

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SERDANG – Seorang lelaki warga Kanada ditemui mati selepas dipercayai jatuh dari tingkat 12 di sebuah kondominium di Bandar Puchong, dekat sini semalam.

Warga emas yang berusia 78 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring di kawasan pokok bunga di taman permainan di tingkat tujuh, kondominium yang mempunyai 26 tingkat itu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, polis menerima panggilan pukul 7.05 malam daripada pengurus pengawal keselamatan memaklumkan kejadian berkenaan.

“Beliau mengatakan terdapat seorang lelaki terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan taman permainan di tingkat tujuh kondomium dan laporan dibuat sebagai maklumat pertama.

“Temu bual polis ke atas seorang pekerja semasa dia mencuci di kawasan pokok bunga telah ternampak tubuh badan manusia yang terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Selepas itu beliau telah menghubungi rakan sekerjanya dan memaklumkan tentang penemuan berkenaan dan pengawal keselamatan telah maklumkan pada pihak polis,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihak keselamatan kondominium juga telah membawa polis ke sebuah rumah yang dipercayai dihuni oleh mangsa seorang diri dan didapati pintu dalam keadaan berkunci.

“Semasa di dalam rumah itu juga polis menemui sebuah kerusi di koridor dan dipercayai tempat lelaki tersebut berpijak sebelum ditemui mati ,” ujarnya.

Katanya lagi, pemeriksaan lanjut di tempat kejadian mendapati, tiada unsur jenayah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI