fbpx

Isu khutbah Jumaat di Perak seru tidak boikot bidang kuasa negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEPANG – Kerajaan Pusat menghormati hak Jabatan Mufti Perak menyeru supaya umat Islam negeri itu tidak memboikot produk tertentu menerusi teks khutbah Jumaat baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, bahawa beliau tidak berhasrat mencampuri urusan berkenaan.

“Saya balik kepada perkara asas iaitu kuasa agama terletak di bawah bidang kuasa setiap negeri dan kita menghormati hak pandangan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Kelmarin, umat Islam di Perak gempar apabila teks khutbah Jumaat negeri itu meminta menghentikan trend pemulauan produk tertentu kerana berlawanan sistem keadilan Islam.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad turut mengesahkan teks disediakan Jabatan Mufti Perak dan dipersetujui sendiri oleh Muftinya, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh.

Mengulas lanjut, Mohd. Na’im berkata, pandangan pihak berkuasa agama di negeri itu sudah mengambil kira pelbagai aspek sebelum draf teks khutbah dapat dimuktamadkan.

“Saya percaya MAIPk menilai banyak perkara apabila teks itu diluluskan dan mungkin berdasarkan situasi usaha kempen boikot yang sudah pun lama dilaksanakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI