fbpx

Isu ‘Parallel Pathway’ dibincang Rabu ini – PMX

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pada sidang akhbar selepas merasmikan merasmkian Pameran Era Pasca Normal Madani di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Kabinet pada Rabu ini akan membincangkan isu berhubung Latihan Ijazah Lanjutan Kepakaran atau ‘Parallel Pathway’.

Perkara tersebut dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya sama ada Kabinet sudah memutuskan cara untuk menyelesaikan kemelut isu berkenaan.

“Kita akan bincang pada Rabu dalam mesyuarat Kabinet,” katanya selepas merasmikan Pameran Era Pasca Normal Madani di Berjaya Times Square di sini hari ini.

Sebelum ini, Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadi satu-satunya universiti yang menawarkan program `parallel pathway’ dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN) dalam bidang kardiotoraks.

Susulan itu, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta UiTM membenarkan kemasukan pegawai perubatan bukan bumiputera yang ingin mendapatkan latihan khusus bidang kardiotoraks, sama seperti institusi itu menerima pelajar antarabangsa.

Bagaimanapun cadangan itu menerima kritikan pelbagai termasuk mahasiswa UiTM termasuk alumni kerana menegaskan universiti itu hanya untuk bumiputera seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Malah, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir turut memaklumkan bahawa tiada perbincangan mengenai kemasukan pelajar bukan bumiputera ke UiTM di peringkat kementerian mahupun Kabinet.

Jelas beliau, isu berkenaan hanya sengaja dimainkan oleh pihak tertentu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI