fbpx

Buat ujian kendiri Covid-19 sebelum masuk Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD (dua dari kanan) merasmikan pembukaan Stesen Mekawey di Tunjong, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Kerajaan negeri menyarankan semua anak Kelantan yang berada di perantauan agar membuat ujian kendiri Covid-19 sebelum pulang ke kampung halaman selepas pergerakan rentas negeri dibenarkan bermula semalam.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, langkah itu perlu memandangkan negara berada dalam fasa endemik sekali gus memastikan keselamatan setiap individu yang masuk ke negeri ini.

“Meskipun tidak wajib, ujian kit kendiri Covid-19 perlu ada sebagai persediaan perantau sekiranya mereka bergejala sekali gus menjangkiti ahli keluarga.

“Saya berpesan agar hanya individu lengkap dua dos vaksin dan cukup tempoh sahaja dibenarkan rentas negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Stesen Mekawey, Tunjong di sini hari ini.

Stesen berkenaan menyediakan kios yang diusahakan dengan kerjasama pihak Urusetia Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang memberi peluang kepada golongan usahawan belia untuk meningkatkan industri makanan di negeri ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, Kelantan sudah mencapai kadar vaksinasi sebanyak 74 peratus dan menjangkakan akan menjangkau imuniti kelompok hujung bulan ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI