fbpx

Kes sembuh masih lepasi kes harian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kes sembuh merekodkan sebanyak 10,833 kes kekal mengatasi kes harian, dengan jumlah keseluruhan pesakit pulih Covid-19 sebanyak 2,206,502 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu mencatatkan sebanyak 6,709 kes termasuk enam kes import, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 mencecah 2,346,303 kes.

“Daripada 6,709 kes harian yang dilaporkan, 144 kes (2.1 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 6,565 kes (97.9 peratus) kategori satu dan dua.

“Terdapat 762 kes di Unit Rawatan Rapi dan 398 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ujarnya lagi, sembilan kluster baharu dikenal pasti melibatkan empat kluster komuniti, dua kluster tempat kerja, dua kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster pendidikan lain dilaporkan di Johor, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI