fbpx

Sepanyol fokus penguasaan bola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEPANYOL memasang impian besar untuk menamatkan kemarau kejuaraan selepas kali terakhir menjulang trofi pada 2012 lalu. – AFP

MILAN – Ketua jurulatih Sepanyol, Luis Enrique mengakui tidak akan mengubah corak taktikal atau formasi dalam usaha membantu pasukan menamatkan kemarau kejuaraan antarabangsa menjelang aksi final Liga Negara-Negara Eropah menentang Peran­cis di Stadium San Siro awal pagi esok.

Sebagai rekod, skuad La Roja telah mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri untuk menying­kirkan juara Euro 2020, Itali pada aksi separuh akhir dan kini berharap dapat menjulang trofi antarabangsa pertama sejak 2012.

Kata Enrique, barisan pemain perlu memberikan aksi seratus pe­ratus di atas padang kerana cabaran yang boleh diberikan skuad Perancis lebih hebat tetapi dalam masa yang sama falsafah bola sepak pasukan perlu terus di­terapkan.

“Perkara yang paling positif buat saya sejak membimbing pa­sukan ini pada 2018 adalah dapat mengekalkan falsafah bola sepak negara ini yang mana mementingkan penguasaan bola tidak kira siapa pasukan yang kita hadapi atau di mana kita bermain.

“Kini, kita telah berjaya me­langkah ke pentas final dan semakin hampir untuk menjulang trofi pertama sejak 2012 dan peluang yang ada tidak boleh disia-siakan oleh pasukan tetapi dalam masa yang sama perlu berwaspada dengan ancaman Perancis,” katanya.

Sementara itu, pemain sensasi Sepanyol, Ferran Torres me­ngakui peluang untuk bermain di bawah kendalian dua pengendali berpengaruh, Enrique di skuad kebangsaan dan Pep Guardiola ketika bersama Manchester City telah meningkatkan lagi gaya permainannya.

Torres yang telah meledak 12 gol dalam 21 penampilan termasuk menjaringkan dua gol ketika menewaskan Itali berharap dapat cergas sepenuhnya dalam usaha menempatkan diri untuk diserapkan dalam kesebelasan utama pasukan nanti.

“Saya mengalami sedikit kecederaan ketika bertemu Itali sebelum ini tetapi saya tidak akan berputus asa kerana masih ada masa untuk cergas sepenuhnya sebelum aksi final nanti.

“Mengenai peningkatan corak permainan saya selain ketajaman penyudah, pujian sudah tentu wajar diberikan kepada Enrique dan Guardiola kerana meletakkan kepercayaan penuh buat saya beraksi selaku pe­nyerang utama pasukan untuk mencari gol,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI