fbpx
SEPANYOL muncul pendahulu kumpulan dan bersedia memburu kemenangan untuk memastikan mereka layak selaku juara kumpulan. - AFP

Piala Dunia 2026: Sepanyol mahu elak kejutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUADALAJARA – Pengendali Sepanyol, Luis de la Fuente beri bayangan bakal melakukan perubahan untuk berdepan ujian getir menentang Uruguay pada aksi ketiga Kumpulan H di Stadium Guadalajara, esok.

Walaupun sedang mendahului carta, De La Fuente bertegas La Roja tidak boleh cepat berpuas hati kerana sedar cabaran selepas ini pasti lebih sukar, bermula dengan pemburuan slot ke pusingan 32.

“Paling penting, keputusan yang kami dapat sebelum ini akan dijadikan momentum terbaik untuk berdepan perlawanan penting selepas ini. Sudah pasti aksi dengan Uruguay akan jadi lebih sukar buat kami.

“Bagaimanapun kami gembira dengan pendekatan sekarang, namun kami mesti teruskan kerja, berkembang dan memperincikan permainan. Untuk berdepan Uruguay, kami mungkin akan lakukan perubahan.

“Saya tidak akan tetapkan kesebelasan utama, sebaliknya saya akan lihat kepada situasi semasa apabila hanya akan menyenaraikan pemain yang benar-benar bersedia untuk beraksi,” katanya.

Dalam masa sama, De La Fuente gembira dengan beberapa pemain yang disifatkan mampu menyesuaikan diri dengan baik mengikut tuntutan semasa pertandingan.

“Idea kekal sama, tetapi dengan pemain berbeza. Tidak semua perkara terjadi mengikut apa yang kita mahukan, namun hipotesis saya cukup mudah, saya kini perlu berurusan dengan realiti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN