fbpx

Rentas negeri bukan jaminan PRN Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraida Kamaruddin meninjau pengoperasian dan pembangunan di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, Iskandar Puteri, Johor hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Keputusan kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri bukan faktor penentu bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diadakan dalam tempoh terdekat ini ekoran kemelut politik yang melanda negeri itu.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin sebaliknya berkata, keputusan tersebut hanya boleh diputuskan Yang di-Pertuan Agong yang dijangka akan dimaklumkan minggu depan.

“Berkenaan sama ada PRN Melaka akan diadakan atau tidak, kita tunggu keputusan Agong. Biar baginda yang membuat keputusan sama ada ianya akan diadakan atau tidak, kabinet akan akur.

“Kebenaran rentas negeri tidak bermakna PRN akan diadakan di Melaka, kerana ia bergantung pelbagai faktor termasuklah keselamatan dan kesihatan,” katanya dalam sidang media yang diadakan selepas beliau Pelabuhan Tanjung Pelepas, di sini hari ini.

Tambah Zuraida yang juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagaimanapun memberitahu keputusan sama ada parti itu akan bekerjasama dengan UMNO sekiranya PRN Melaka diadakan tertakluk kepada kepimpinan parti.

“Berhubung soal kerjasama, itu saya serahkan kepada pucuk pimpinan,” jelasnya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI