fbpx
Tangkap layar dua lelaki yang melarikan barangan berharga milik seorang wanita di Pandamaran Jaya, Klang.

Dua pencuri depan rumah diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Dua pencuri diburu selepas melarikan sejumlah barangan bernilai RM2,000 milik seorang wanita di hadapan rumahnya dalam kejadian di Pandamaran Jaya di sini baru-baru ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7 petang pada Khamis lalu itu kemudiannya tular menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi 39 saat.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, ketika kejadian mangsa seorang wanita yang berada dalam kenderaan di hadapan rumahnya secara tiba-tiba telah didatangi seorang lelaki yang memakai baju t-shirt berwarna putih.

Katanya, suspek kemudiannya terus membuka pintu kereta mangsa sebelum mengambil beg galas mengandungi beg dompet, tiga unit telefon bimbit pelbagai jenama, dan wang tunai bernilai RM300.

“Suspek kemudiannya melarikan diri menaiki sebuah motosikal yang ditunggang oleh rakan lelakinya.

“Akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami kerugian dianggarkan bernilai RM2,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, Shamsul Amar menegaskan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya kepada Asisten Superintendan Zamrus Zakaria di talian 019-6892777 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan pada 03-33762222 atau mana- mana balai polis berhampiran. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN