fbpx

SPAN tidak terbabit kempen Bantuan Kredit Shopee RM200 Untuk Rakyat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPAN menafikan terlibat dengan iklan tersebut.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menafikan terbabit dalam kempen ‘Bantuan Kredit Shopee RM200 Untuk Rakyat Malaysia’ seperti yang tular di media sosial ketika ini.

SPAN berkata, pihaknya tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kempen yang tular itu.

Menurutnya, sebarang promosi atau kempen anjuran SPAN hanya diiklankan di laman media sosial rasmi atau laman sesawang SPAN sahaja.

“Kami memandang serius isu berkenaan kerana ia mengaitkan secara langsung dengan Program Jimat Air 1.0 anjuran SPAN sebelum ini.

“SPAN juga ingin memaklumkan bahawa pemberian rebat untuk pembelian produk cekap air melalui Shopee telah ditebus sepenuhnya pada September lalu,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Katanya, pengguna dinasihatkan membuat pengesahan dengan Shopee terlebih dahulu sebelum mengambil bahagian dalam mana-mana promosi. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI