fbpx

3 individu guna nama TMJ tukar mata wang AS$5 trilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan

JOHOR BAHRU – Polis Johor sedang memburu tiga individu yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penipuan pemalsuan dokumen ‘Letter Of Undertaking’ menggunakan nama Tunku Mahkota Johor membabitkan urusan tukaran mata wang asing mencecah AS$5 trilion (RM20.91 trilion).

Ketua Polis, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dokumen itu didapati dikeluarkan dan ditandatangani oleh seorang wanita tempatan bergelar Datuk Seri mendakwa mendapat mandat daripada Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Beliau berkata, Polis Johor mendapat maklum terhadap perkara itu susulan menerima laporan polis yang dibuat Ketua Unit Media, Pejabat Komunikasi Keluarga Diraja Johor pada pukul 7 malam.

“Dokumen palsu yang mendapat mandat Tunku Ismail bagi menjalankan urusan tukaran mata wang asing dolar Amerika Syarikat kepada Ringgit Malaysia (RM) yang bernilai AS$200 bilion hingga AS$5 trilion.

“Hasil semakan melalui laman WWW.ISTIADAT.GOV.MY mendapati penama yang bergelar Datuk Seri tersebut tidak berdaftar sebagai individu yang mempunyai gelaran berkenaan.

“Polis Johor sedang giat menjalankan siasatan mengesan ketiga-tiga suspek ini. Maklumat lanjut tentang kes ini masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI