fbpx

Tiada lebih viral daripada kisah seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

TIADA apa yang lebih mendapat perhatian daripada skandal seks. Di mana-mana negara sekalipun, sebarang skandal seks berkaitan orang ternama atau ‘bernama’ akan menjadi ribut. Malaysia tidak terkecuali.

Beberapa video adegan seks yang didakwa membabitkan orang politik sebelum ini mendapat perhatian.

Seks memang mudah dijual sebagai tajuk utama. Sejak beberapa bulan lalu, tersebar beberapa rakaman video yang dikaitkan dengan seorang penceramah terkenal.

Sehingga hari ini kesahihan video-video itu belum di­sahkan. Tetapi sama ada betul atau sebaliknya, itu perkara kedua. Bagi rakyat, selain Covid-19, di sebalik hidup dengan perintah berkurung dan cabaran ekonomi, kisah seks adalah jalan keluar atau escapism daripada norma baharu.

Skandal seks juga lebih besar dalam era internet dan sosial media. Video boleh dikongsi menerusi Facebook dan WhatsApp. Sekejap sahaja hampir satu dunia boleh mendapat rakaman berkenaan. Tetapi video tular membabitkan individu terkenal boleh meninggalkan ‘parut kekal’ dalam ingatan orang yang menontonnya.

Kepada sesetengah orang, ia menjadi igauan buruk yang diharap boleh dipadamkan dari memori seperti menekan kekunci Delete.

Kemudian terdapat pula karakter-karakter yang ambil kesempatan daripada situasi itu tidak kira apa jua niat di hati. Rambut sama hitam, hati Tuhan sahaja yang tahu.

Maka karakter-karakter ini tiba-tiba menjadi jagoan di media sosial. Tiba-tiba timbul sumpah laknat, pengakuan dan sokongan yang semuanya dipaparkan di media sosial.

Media sosial menjadikan isu video aksi seks tular itu lebih juicy daripada tembikai yang ranum. Mereka me­raih populariti tambahan dengan terlibat dalam perbincangan mengenai video seks. Daripada hanya dikenali menjadi sangat dikenali.

Menjadi kontroversi ada untungnya. Pengikut atau pembenci ingin tahu apa akan didedahkan seterusnya.

Misalnya, bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sepanjang 12 tahun menciap sebanyak 57,000 kali termasuk lebih 25,000 kali ketika menjadi presiden menerusi akaun Twitternya.

Walaupun ciapan presiden AS itu pada kebanyakan berbunyi bodoh, Trump ada hampir 89 juta pengikut iaitu 2.7 kali ganda lebih ramai daripada penduduk Malaysia.

Benda bodoh masih diikuti kerana ia datang daripada Trump. Malah, Trump mengaku dia tidak akan dipilih menjadi presiden tanpa Twitter. Perkara sama berlaku hari ini kepada ramai individu.

Sosial media menjadi platform membina pengaruh dan pengikut. Apa yang lebih menarik untuk ditonjolkan selain skandal video seks untuk mendapat perhatian.

Dalam masa setahun dari sekarang, kita akan menyaksikan bagaimana media sosial akan menjadi medan kepada parti politik dalam meraih sokongan dan memenangi pilihan raya umum.

Kita akan lihat lebih daripada hanya dakwaan dan tuduhan. Pasti akan ada rakaman suara dan video bagi memenangkan atau memburukkan calon. Tetapi sehingga itu, kesahihan video membabitkan pendakwah ter­kenal akan tetap menjadi topik perbincangan di negara yang dahagakan skandal seks sebagai topik sampingan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI