fbpx

MCMC kesan poster tular berkaitan amaran siber pandemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak tepat khususnya berkaitan amaran siber pandemik ketika ini.

MCMC menerusi satu kenyataan berkata, sebarang penyebaran maklumat yang diragui atau tidak dapat dibuktikan kesahihannya boleh mencetuskan kekeliruan serta panik dalam kalangan rakyat.

Menurutnya, pihaknya mengesan satu poster tular berhubung amaran berlakunya siber pandemik yang dikaitkan dengan gangguan teknikal yang berlaku melibatkan media sosial Facebook dan Instagram serta aplikasi WhatsApp sejak kelmarin.

“Menurut kenyataan dikeluarkan Facebook di pautan https://engineering.fb.com/2021/10/04/networking-traffic/outage/, mereka menjelaskan bahawa gangguan teknikal terhadap perkhidmatan Facebook, Instagram dan WhatsApp yang berlaku adalah berpunca daripada perubahan konfigurasi di peringkat penyelarasan trafik rangkaian mereka,” katanya semalam.

Pada masa sama, MCMC turut mengingatkan orang ramai agar tidak menggunakan Jata Negara tanpa kebenaran kerana ia adalah satu kesalahan di bawah Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) 1963.

“MCMC sedang giat mengesan pihak yang mengeluarkan poster tersebut dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menyebarkan berita berita tidak benar di bawah peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI