fbpx

Fesyen inspirasi pahlawan pemburu kepala, Rentap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TENGKORAK merupakan salah satu subjek utama dalam rekaan.

MEMANG mengagumkan apabila gaya fesyen masa hadapan berkonsep cyberpunk streetwear ini realitinya diinspirasikan daripada mitos pemburu kepala negeri Sarawak iaitu pahlawan Iban dikenali sebagai Rentap.

Ketokohan dan keberanian Rentap atau nama lengkapnya Libau anak Ningkan merupakan pahlawan yang menyelamatkan Sarawak daripada kolonial British sekitar tahun 1844.

Karakter terkenal Rentap yang merupakan pemburu dan pengumpul kepala manusia telah menjadi subjek utama penghasilan koleksi The Awaken Of Rentap.

Menurut pereka koleksi tersebut, Nur Yasmin Yasirah Mohamed Hamizan, dia menghasilkan tiga gaya pakaian lelaki berdasarkan mitos pahlawan Iban-Dayak yang mengambil masa selama enam bulan untuk disiapkan.

PENERAPAN warna hijau neon, hitam dan perak dalam koleksi ini bagi menggambarkan kekuatan dan misteri pahlawan silam, Rentap.

“Saya mahu mencari kelainan dengan mengangkat mitos Rentap kerana tidak ramai yang mengetengahkan mitos sebegini dalam fesyen.

“Di samping itu, saya juga mahu orang Sarawak khususnya dan rakyat Malaysia amnya mengetahui mengenai kisah pahlawan Rentap kerana tidak ramai yang tahu mengenainya,” kata graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Fesyen, Fakulti Seni Reka dan Seni Lukis, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor.

Nur Yasmin Yasirah memilih kisah pemburu dan pengumpul kepala manusia itu dalam tiga koleksi pakaian jalanan dengan mengetengahkan jaket pelbagai guna bersama padanan seluar.

Rekaan pertama diberi nama cap sleeve jacket with detouchble small size bag, kedua, overletting sleeveless backpack jacket dan terakhir skulls bomber jacket.

Tengkorak itu menjadi subjek utama dan idea kepada rekaan pakaian tersebut pula mengekspresikan gaya unik dan kuat dalam pembangunan fesyen masa hadapan serta terkini.

“Rekaan jaket-jaket tersebut didatangkan dengan pelbagai poket seperti jenis tampal, poket tiga dimensi dan zip poket yang boleh dicabut untuk dipakai pada bahagian seluar.

“Saya telah mereka poket tiga dimensi di bahagian belakang jaket dan ia merupakan bahagian paling sukar kerana perlu membentuknya menggunakan zip besi, dijahit atas fabrik perak PU serta menghasilkan efek kembang atau gelembung ,” jelasnya yang berasal dari Kuantan, Pahang itu.

KOLEKSI berkonsep cyberpunk streetwear mengetengahkan jaket pelbagai guna.

Anak kedua daripada empat beradik itu menggunakan fabrik perak PU, denim, nilon hijau neon, mesh black dan mikro­fiber dan lain-lain bagi koleksi itu.

The Awaken Of Rentap sesuai digayakan oleh mereka yang berusia 20 hingga 50 tahun untuk membuat persembahan di atas pentas.

Tambah Nur Yasmin Yasirah, dia menggunakan tiga warna dalam koleksi tersebut iaitu perak, hitam dan hijau neon bagi menggambarkan kekuatan, kegagahan, keberanian dan misteri pahlawan Rentap.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI