fbpx

The Citizens bangkit dua kali ikat Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA menggesa anak-anak buahnya tidak pandang mudah keupayaan Liverpool yang merupakan lawan paling sukar The Citizens menjelang aksi di Stadium Anfield malam ini.

LIVERPOOL – Manchester City dua kali bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Liverpool dengan keputusan seri 2-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Anfield malam kelmarin.

Biarpun menguasai sebahagian besar perlawanan, namun skuad kendalian Pep Guardiola itu sekadar berpuas hati dengan satu mata apabila terpaksa bergelut untuk bangkit daripada ketinggalan.

Pada perlawanan itu, Liverpool menjaringkan dua gol menerusi Sadio Mane serta jaringan menakjubkan Mohamed Salah, manakala gol City dijaringkan oleh Phil Foden dan Kevin de Bruyne.

“Liga Perdana adalah liga bola sepak terbaik di dunia. Semua orang boleh lihat kedua-dua pasukan mahukan kemenangan pada perlawanan ini dan ia sangat menarik untuk disaksikan.

“Walaupun berkongsi satu mata tetapi saya gembira dengan aksi keseluruhan yang ditampilkan oleh pemain-pemain City. Liverpool adalah salah sebuah pasukan terbaik di dunia,” kata Guardiola.

Bekas pengendali Barcelona itu menjelaskan, beliau sedikit tersentak dengan aksi yang ditampilkan Liverpool pada separuh masa kedua kerana skuad kendalian Jurgen Klopp itu langsung tidak melakukan sebarang percubaan sebelum waktu rehat.

“Mereka (Liverpool) mene­mui rentak permainan sebenar pada separuh masa kedua dan sangat berbahaya, namun saya tetap gembira kerana kami juga menunjukkan reaksi terbaik bagi menyamakan kedudukan,” ujar beliau. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI