fbpx

Konvoi kereta punca kemalangan di Ulu Yam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video papan pemuka sebuah kereta yang memaparkan kejadian kemalangan membabitkan beberapa buah kereta di Jalan Ulu Yam.

PETALING JAYA – Tular sebuah rakaman video sebuah kereta jenis Nissan Cefiro gagal mengawal kenderaan sehingga merempuh Honda BR-V yang berada di laluan bertentangan baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video oleh Careta di laman sosial Facebook, rakaman video pada papan pemuka hadapan dan belakang menunjukkan sebuah kereta jenis BMW cuba mengelak sesuatu sebelum sebuah kereta di belakangnya membrek sehingga terjadi pelanggaran.

Berdasarkan video berdurasi 14 saat di Facebook, sebuah Nissan Cefiro berwarna putih gagal membuat brek kecemasan dengan cermat lalu bergesel pada bahagian kanan belakang BMW tersebut.

Ketika kejadian, Nissan Cefiro tersebut masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh sebuah Honda BR-V sehingga kereta tersebut terpelanting ke bahagian kiri jalan.

Susulan perkongsian video itu orang ramai menyelar sikap pemandu kereta yang memandu secara berbahaya dan berkonvoi sehingga melibatkan kemalangan pada pengguna jalan raya yang lain.

“Kereta BMW itu brek secara mengejut, motif mungkin kereta itu ikut rapat belakang, itu makan dia. Niat tak menghalalkan cara, janganlah suka cucuk kereta depan kalau rasa kereta itu tak laju,” kata Long Zack.

“Jalan Ulu Yam ke Batang Kali ini memang selalu geng-geng kereta ‘test power’ dengan skill kadang-kadang double line pun diorang nak potong lagi-lagi hari minggu,” jelas Che Deng.

“Ini ialah sikap pemandu yang tak menggunakan akal fikiran dengan waras dan mengakibatkan kemalangan terhadap orang lain,” ujar Rahmat Basri.

Selain itu ada juga yang meminta pihak polis untuk mengadakan sekatan jalan raya pada hari minggu lagi-lagi di kawasan tersebut bagi mengelakkan kejadian yang akan berlaku pada masa akan datang.- K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI